Pastinya ada impian yang ingin anda capai – memiliki kereta yang lebih hebat, rumah yang lebih besar dan persaraan yang lebih selesa. Tapi ada masanya, impian anda tertangguh kerana simpanan anda diperlukan untuk tujuan kecemasan. Harmoni memberi ketenangan minda serta fleksibiliti dalam pengurusan kewangan anda tanpa menjejaskan perlindungan Takaful anda.
Pengeluaran Separa
Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang dari Dana Pelaburan Peserta sekiranya keadaan memerlukan.
Perlindungan Takaful
Jumlah asas yang dilindungi berserta nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).
Manfaat Matang
Anda akan dibayar jumlah nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (jika ada) sekaligus apabila sijil anda matang.
Tingkatkan Perlindungan Anda
Anda mempunyai fleksibiliti untuk meningkatkan perlindungan pada pelan asas anda dengan pelbagai pilihan rider.
Rider Ultra Medic
Rider Tambah Nilai Tetap
Rider Manfaat Tunai Hospital
Rider Bertempoh
Rider Penyakit Kritikal
Rider Indemniti Kemalangan
Rider Kematian atau Kehilangan Kekal Akibat Kemalangan
Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit Kritikal
Rider Simpanan Medic (Dimansuhkan pada Oct 2012)
Orang dilindungi
Usia 14 hari hingga 60 tahun
Peserta
Usia minimum 19 tahun dan tiada usia maksimum